Sunday, 5 July 2015

JAMUAN BERBUKA PUASA

Majlis tersebut telah dijalankan pada 3 Julai, 2015 bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

Seramai 40 orang muslimin dan 30 orang muslimat hadir walaupun dalam keadaan hujan lebat menjelang waktu berbuka hingga selesai solat maghrib berjemaah.

Majlis dimulai dengan Bacaan Tahlil serta Doa Selamat oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Ali dan Ustaz Ammar Maaruf dari Pusat Tahfiz Lorong Aliff, Jitra. Ustaz Ammar kemudian mengimamkan Solat Maghrib berjemaah di dalam Dewan.

Antara menu dihidangkan ialah Nasi Tomata, Ayam Masak Merah, Acar Timun, Kuih Tepung Talam, Karipap, Buah Kurma dan Sirap Bandung serta Teh Tarik.


No comments:

Post a Comment