Wednesday, 6 August 2014

MESYUARAT SAMBUTAN MERDEKA KE-57

Malam tadi telah berlangsung mesyuarat penyelarasan kali pertama Program Larian Perpaduan Ambang Merdeka ke-57 yang dipanggil oleh pihak JPNIN Kubang Pasu.

Program tersebut pada asalnya adalah anjuran KRT Taman Mahsuri dan JPNIN Kubang Pasu. Adalah difahamkan bahawa Pejabat Daerah Kubang Pasu pun turut akan menyertai dengan nama Program Kibar Jalur Gemilang. Kedua-dua program tersebut akan digabungkan menjadi program utama Daerah Kubang Pasu.

Larian Perpaduan Ambang Merdeka ke-57 ini akan dilaksanakan oleh 57 orang pelari daripada Bandar Bukit Kayu Hitam hingga ke Pekan Kepala Batas dan berpatah balik ke Taman Tasek Bandar Darul Aman. Larian akan bermula jam 11.00 pagi dan berakhir pada tengah malam dengan jarak 57 kilometer.

Pihak KRT di sepanjang laluan akan diminta menyediakan pelari sokongan, menyediakan petugas di check point sepanjang laluan untuk menghulur dan menyediakan minuman dan makanan kepada peserta larian tersebut.

No comments:

Post a Comment