Saturday, 2 August 2014

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI 1435H

Majlis tersebut telah selesai dilaksanakan pada pagi tadi bertempat di Perkarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

Seramai 122 orang penduduk, majoritinya kanak-kanak hadir. Yang turut hadir ialah seorang pemilik premis perniagaan berbangsa Cina yang sering membantu pihak KRT dalam aktiviti.

Antara juadah yang disajikan ialah ketupat, lemang dan rendang daging rusa, roti jala dan roti Arab, kuih raya dan buah rambutan. Roti jala, roti Arab dan buah rambutan adalah sumbangan penduduk.

Selesai sahaja majlis, khemah dan segala peralatan disimpan secara gotong-royong.




















No comments:

Post a Comment