Tuesday, 20 November 2012

MESYUARAT BERSAMA BKPTS1

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 17 November, 2012 selepas solat Isyak bertempat di Pusat Kawalan SRS.

Agenda utama mesyuarat ialah membincangkan Program Jom Kacau Bubur Asyura yang akan diadakan pada 24 November, 2012 bersamaan 10 Muharram, 1434 Hijrah, iaitu hari Sabtu. Sebanyak 2 kawah akan digunakan untuk tujuan berkenaan.

Agenda lain ialah membincangkan senarai Aktiviti bagi Tahun 2013 yang akan dijalankan secara bersama. Turut dibincangkan ialah Taklimat Akta Rukun Tetangga 2012 dan juga pelantikan tambahan AJK. Turut dilantik 2 orang Pemeriksa Kira-Kira selaras dengan kehendak Akta Rukun Tetangga 2012.

No comments:

Post a Comment