Saturday 17 November 2012

KURSUS BANTUAN AWAL PKS-RT DAERAH KUBANG PASU

Kursus berkenaan telah diadakan pada 16 dan 17 November, 2012 bertempat di Kem Kenari Nature Park, Titi Hayun, Yan, Kedah.

KRT Taman Suria menghantar dua daripada lima orang anggota PKS-RT ke kursus berkenaan, iaitu Encik Mohd. Nadzri bin Razalli dan Encik Abdul Ghani bin Aripin.

Kursus berkenaan dikendalikan oleh Jabatan Pertahanan Awam Malaysia ( JPAM ) Negeri Kedah. Antara pengisian kursus ialah Teknik Memadam Kebakaran, Pengurusan Bencana dan Pengurusan Mangsa Cedera.

Turut hadir dan berucap ialah Encik Mohd. Yussof bin Daud, Penolong Pengarah Kanan, JPNIN Negeri Kedah yang menyampaikan tajuk 'Kerja Sukarela'.

Penyelaras Kursus ialah Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu, Encik Mohd. Shafirul bin Abd. Sattar.

No comments:

Post a Comment