Semalam, 19 Ogos, 2011 telah berlangsung Majlis Berbuka Puasa untuk penduduk Taman Suria 1 bertempat di perkarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.
Majlis dengan kerjasama Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 itu telah dihadiri seramai 180 orang.
Selepas berbuka puasa, hadirin lelaki telah menunaikan Solat Maghrib berjemaah di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.
No comments:
Post a Comment