Pada malam semalam, 1 Julai, 2011 telah berlangsungnya Majlis Ceramah Sempena Peristiwa Isra' dan Mikraj bagi Tahun 1432 Hijrah. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib secara berjemaah. Selepas menikmati jamuan yang ditaja oleh Kedai Runcit Azaljaya hadirin kemudian menunaikan Solat Isyak juga berjemaah yang sempat diimamkan oleh Penceramah Undangan, YBhg. Ustaz Hashim bin Othman alHafiz, Penolong Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Negeri Perlis.
Seluruh hadirin pada majlis tersebut terpesona dengan gaya penyampaian ceramah yang diselitkan dengan bait-bait nasyid dan lagu berunsur dakwah bagi mengukuhkan lagi maksud ceramah beliau.
Selesai majlis ceramah, AJK dan beberapa orang penduduk bergotong royong menyimpan segala peralatan yang digunakan. Majlis selesai sepenuhnya kira-kira jam 12.30 malam.
No comments:
Post a Comment