Mesyuarat tersebut telah diadakan pada 14 Ogos, 2015 selepas solat Isyak di Dewan Orang Ramai.
Mesyuarat membincangkan urusan penyembelihan dua ekor lembu, kutipan bayaran dan pengangkutan daging balik ke Taman Suria. Mesyuarat turut membincangkan sumbangan peserta untuk Kenduri di Taman. Ibadah Korban akan diadakan pada 26 September 2015 di Kampung Pochan. Daging akan diangkut balik menggunakan lori kecil. Urusan pengagihan daging akan dibuat di Dewan. 1/7 daripada bahagian peserta akan digunakan untuk Majlis Kenduri Taman.
Selain itu, mesyuarat turut juga membincangkan Program Bacaan Yaasiin untuk Kemerdekaan dan Untuk Calon Peperiksaan Awam 2015 yang akan diadakan pada 30 Ogos, 2015. Tempahan jamuan akan dibuat kepada Tuan Haji Abdul Rahim.
No comments:
Post a Comment