Monday, 31 August 2015

MAJLIS BACAAN YAASIIN HARI KEBANGSAAN DAN UNTUK CALON PEPERIKSAAN AWAM SERTA YANG AKAN MENDAFTAR KE IPTA

Program tersebut telah berjaya dilaksanakan pada malam tadi selepas Solat Maghrib berjemaah di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

Seramai 75 orang penduduk terdiri daripada AJK KRT dan BKPTS1 serta Waris dan pelajar-pelajar hadir.

Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan Bacaan Yaasiin yang diketuai oleh Ustaz Abdul Razak Ahmad.

Jamuan makan dengan menu Nasi Tomato dan Ayam Masak Merak disajikan selepas Solat Isyak berjemaah.

No comments:

Post a Comment