Seminar tersebut di atas telah diadakan pada 25 Jun, 2014 bertempat di Dewan Mahsuri, Taman Siswa UUM, Bandar Darulaman, Jitra.
Taman Suria diwakili oleh Timbalan Pengerusi, Tuan Haji Othman bin Ali.
Ceramah-ceramah disampaikan oleh Pegawai Ibupejabat Polis Daerah Kubang Pasu dan Agensi Anti-Dadah Kebangsaan Daerah Kubang Pasu. Ceramah daripada IPD Kubang Pasu bertajuk "Strategi Membanteras Jenayah dan Inisiatif PDRM Ke Arah Kesejahteraan Rakyat", manakala ceramah daripada AADK pula bertajuk " Penyalahgunaan Daum Ketum ".
Antara pengisian ceramah PDRM ialah pihak KRT boleh menjemput pihak Polis untuk mengadakan ceramah dan rondaan bersama mencegah jenayah. Pihak AADK pula memaklumkan bahawa Kampung Telok Nibong yang berjiran dengan Taman Suria mempunyai beberapa orang penagih tegar daun ketum.
No comments:
Post a Comment