Friday, 27 June 2014

MESYUARAT BERSAMA BADAN KEBAJIKAN PENDUDUK

Malam tadi telah diadakan Mesyuarat Bersama dengan Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 bertujuan menyelaras beberapa aktiviti sepanjang bulan Ramadan, Syawwal dan Zulkaedah.

Majlis bersetuju untuk mengadakan aktiviti berikut:

1. Jamuan Berbuka Puasa Peringkat Taman pada 4 Julai, 2014 bersamaan 6 Ramadan 1435H ( Jumaat ) bertempat di perkarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1. Majlis akan dimulakan dengan Bacaan Tahlil sebelum berbuka Puasa dan Solat Maghrib berjemaah.

2. Majlis Berbuka Puasa dan Moreh di Masjid Al-'Ala, Jitra pada 16 Julai, 2014 bersamaan 18 Ramadan 1435H ( Rabu ). Untuk majlis ini pihak penduduk akan menyumbangkan RM200.00 kepada kontraktor untuk penyediaan juadah.

3. Jamuan Hari Raya Aidil Fitri akan diadakan pada 2 Ogos, 2014 bersamaan 6 Syawwal, 1435H ( Sabtu ). Majlis akan diadakan mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi bertempat di Perkarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

4. Bacaan Yaasiin Perdana Sempena Sambutan Kemerdekaan ke-57 dan Untuk Calon Peperiksaan Sekolah pada 4 September, 2014 bersamaan 9 Zulkaedah, 1435H ( Khamis ) bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1. Majlis akan didahului dengan Solat Maghrib berjemaah bersama Pelajar dan Waris.

Majlis juga membincangkan masalah binatang ternakan lembu dan kambing daripada Kampung Telok Nibong yang memasuki kawasan taman dan memakan tanaman hiasan dan buah-buahan penduduk taman. Satu perjumpaan akan diadakan dengan pihak JKKK Kampung Telok Nibong serta Majlis Daerah Kubang Pasu untuk menghentikan ancaman binatang ternakan berkenaan.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.00 malam.

No comments:

Post a Comment