





Malam semalam, 10 Februari, 2012 telah diadakan Majlis Ceramah Agama Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1433 Hijriah. Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah diikuti Majlis Berselawat Ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad saw. di bawah pimpinan Tuan Haji Abdul Rahim bin Ali, KRT salah seorang AJK KRT Taman Suria.
Selepas solat Isyak, majlis diteruskan dengan Ceramah Agama yang disampaikan oleh Ustazah Puan Hajah Faridah bin Haji Ahmad, Pegawai Penyelidik daripada Jabatan Mufti Negeri Kedah. Kira-kira 200 orang hadir memenuhi dua buah khemah yang disediakan sehinggakan ada yang terpaksa menggunakan bangku-bangku di Taman Permainan berdekatan. Hadirin diberikan air minuman serta roti planta.
Majlis diakhiri dengan Jamuan bersama penceramah dan AJK.
No comments:
Post a Comment