Monday, 30 January 2012

CERAMAH MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH

Ceramah tersebut bakal diadakan pada 10 Februari, 2012 bersamaan 17 Rabiul Awwal, 1433 Hijrah selepas solat Isya'.

Majlis yang diadakan dengan kerjasama Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 akan dijalankan di perkarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

Penceramah Undangan ialah Y. Bhg. Ustazah Hajah Faridah bin Haji Ahmad, Pegawai Penyelidik daripada Jabatan Mufti Negeri Kedah. Beliau juga merupakan Penceramah Tetap Ruangan Bimbingan Agama "Mesra Pekerti" di Kedah FM.

Semua penduduk Taman Suria 1 dan sekitarnya dijemput hadir.

No comments:

Post a Comment