Mesyuarat AJK pada malam tadi, 31 Oktober, 2011 telah bersetuju untuk menganjurkan program tersebut dengan kerjasama Pejabat Ahli Parlimen Kubang Pasu dan Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1.
Program akan diadakan di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1 pada 26 November, 2011 mulai jam 7.30 pagi. Satu Majlis Kenduri Khatan akan diadakan sempena program tersebut.
Setiap peserta ( kanak-kanak ) akan dikenakan bayaran sebanyak RM90.00. Keputusan untuk mengadakan program ini kerana kos berkhatan di klinik swasta telah meningkat daripada RM90.00 pada awal tahun kepada RM150.00 sekarang.
Kepada para waris yang ingin menyertai program ini diminta menghubungi Setiausaha KRT, Encik Shamsul Kamal di talian 012-5738384 sebelum 15 November, 2011. Walau bagaimanapun, program ini akan hanya dijalankan sekiranya mendapat penyertaan minima seramai 10 orang.
No comments:
Post a Comment