Hari ini, 18 Oktober, 2011 berlansungnya Seminar Pemantapan Nilai-Nilai Islam Dalam Gagasan 1Malaysia. Seminar anjuran Biro Tatanegara, Jabatan Perdana Menteri, Cawangan Negeri Kedah itu diadakan sehingga 20 Oktober, 2011 nanti bertempat di Institut Kemajuan Desa ( INFRA ), Bangi, Selangor.
KRT Taman Suria diwakili oleh Tuan Haji Othman bin Ali, Timbalan Pengerusi dan Encik Shamsul Kamal bin Zainol Abidin, Setiausaha. Bendahari, Tuan Haji Azmi bin Mat tidak dapat menghadirinya pada saat akhir kerana terlibat dengan tugas Audit ISO di jabatan beliau.
Difahamkan pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Kedah menghantar seramai 250 orang peserta terdiri daripada pemegang jawatan utama dalam KRT seluruh negeri.
No comments:
Post a Comment