Wednesday, 27 October 2010

AKTIVITI JIRAN MUDA

KRT Taman Suria 1 juga mempunyai satu unit Jiran Muda yang dianggotai oleh pelajar sekolah dan lepasan sekolah dan yang telah bekerja.

KRT Taman Suria 1 telah membekalkan mereka sepasang jaring sepak takraw, set permainan catur dan karom. Permainan catur dan karom dimainkan di dalam Dewan Orang Ramai Taman Suria 1 manakala sepak takraw dan badminton di gelanggang di dalam kawasan Dewan Orang Ramai Taman Suria 1.

Pihak KRT Taman Suria 1 ingin mengucapkan terima kasih kepada YB Dato' Haji Saad bin Man, ADUN Jitra kerana telah menyumbangkan satu set jaring bola sepak dan badminton pada bulan Mei lepas bagi menggantikan jaring lama yang rosak teruk akibat penggunaan yang kerap.

Ahli-ahli Jiran Muda juga ada menganggotai Pasukan Bolasepak Suria United yang terdiri daripada remaja/Jiran Muda daripada taman-taman perumahan berdekatan dan Kampung Telok Nibong. Mereka dilatih oleh jurulatih daripada Kelab Rakan Muda. Kini, pada setiap pagi atau petang, pasukan bolasepak ini giat berlatih atau mengadakan perlawanan dengan diselia oleh jurulatih berkenaan. Mereka juga sering mengambil bahagian di dalam pertandingan bolasepak dan futsal anjuran pihak-pihak tertentu. Setiap hujung minggu ada sahaja perlawanan bolasepak diadakan di padang berkenaan.

No comments:

Post a Comment