Sunday 25 December 2016

JAMUAN KELUARGA

Program tersebut telah sempurna dilaksanakan pada malam tadi bertempat di Perkarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

Program bermula sejak dari pagi dengan persiapan tempat, membeli daging kambing dan ayam serta lain-lain. Kemudian, daging ayam dibersih dan diperapkan.

Nasi briyani, sup, roti pound dan air asam disediakan mulai selepas solat zohor.

Seramai 45 orang lelaki dan 80 orang wanita hadir. Perasmian dilakukan oleh Pengerusi KRT. Wakil PPNIN tidak hadir.

Kos pengendalian sebanyak RM1022.20 dibiayai sepenuhnya melalui sumbangan peserta dan pemilik Kedai Borong Lian Seah. Pihak KRT hanya membiayai kos membuat sepanduk.

Jamuan berakhir kira-kira jam 11.30 malam selepas semua peralatan dan kawasan Dewan dibersihkan.

No comments:

Post a Comment