Sunday 2 October 2016

MESYUARAT BERSAMA BADAN KEBAJIKAN PENDUDUK TAMAN SURIA 1

Mesyuarat tersebut telah diadakan pada malam tadi bertempat di Pusat Kawalan SRS.

Mesyuarat membincangkan Program Jom Kacau Bubur Asyura yang akan dijalankan pada 15 Oktober 2016 nanti bertempat di Pekarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1. Sebanyak 2 buah kawah akan digunakan. Bubur akan diagihkan kepada setiap rumah. Ramuan bubur sama seperti tahun 2015. Pembelian bahan akan dibuat mulai 8 Oktober nanti.

Mesyuarat turut membincangkan Program Rondaan Bersama 2.0 yang akan dijalankan pada 18 November 2016. Terdapat sedikit masalah bateri pada radio 2 hala walkie talkie yang tidak dapat menyimpan kuasa.

Selain itu mesyuarat juga membincangakn  Program Hari Keluarga dan Jamuan Tahunan. Mesyuarat bercadang untuk mengadakannya di luar daerah bergantung kepada peruntukan

No comments:

Post a Comment