Saturday, 19 September 2015

MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM IBADAH KORBAN 1436H

Mesyuarat tersebut telah dijalankan malam tadi bertempat di Pusat Kawalan SRS.

Mesyuarat tersebut dilaksanakan malam tadi di pengerusikan oleh Pengerusi KRT merangkap Pengerusi Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1. Yang turut hadir ialah semua peserta Ibadah Korban serta beberapa orang AJK. Turut hadir ialah Ustaz Abdul Razak Ahmad, Imam Surau Hj. Osman, Kg. Telok Nibong yang memberikan Tazkirah Khas mengenai Ibadah Korban.

Antara keputusan mesyuarat ialah:
1. Semua peserta terlibat akan bergerak ke tempat sembelihan selewat-lewatnya jam 7.00 pagi pada 26 September, 2015.
2. Semua bahan korban akan diangkut balik ke Dewan Orang Ramai untuk diagih-agihkan.
3. Setiap peserta diminta menyumbangkan 1 kg bahan korban untuk dibuat kenduri di dewan.
4. Setiap peserta dibolehkan menjemput 10 orang tetamu untuk hadir ke kenduri serta jiran-jiran/penduduk Taman Suria 1.
5. Ketua Tukang Masak ialah Tuan Haji Abdul Rahim Ali.
6. Menu: Nasi putih, daging masak kicap, sup.
7. Pembelian alatan tambahan untuk kerja memotong daging seperti kapak, pisau, besi asah, alat penimbang, pinggan dan mangkuk polisterin, sudu, papan pemotong serta plastik sampah akan dibeli pada esok hari.
8. Sepanduk khusus akan ditempah.

Anggaran peruntukan sebanyak RM500.00

Gotong Royong membersihkan kawasan dewan dan tempat kerja akan diadakan pada pagi Sabtu, 19 September, 2015.


No comments:

Post a Comment