Majlis Perjumpaan YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Menteri di JPM Bersama Warga Rukun Tetangga Seluruh Negeri Kedah telah diadakan pada petang tadi di Hotel Grand Alora, Mergong, Alor Setar, Kedah.
Majlis turut di hadiri oleh YB Datuk Dr. Leong Yong Kong, EXCO Kerajaan Negeri Kedah dan juga YBhg. Datuk Azman Amin bin Hassan, Ketua Pengarah JPNIN Malaysia. Turut hadir ialah Encik Mohd. Saidi bin Midin, Pengarah JPNIN Kedah.
Turut diadakan ialah Penyampaian Anugerah Pencapaian KRT Seluruh Negeri Kedah Tahun 2013.
KRT Taman Suria diwakili oleh Pengerusi, Timbalan Pengerusi, Setiausaha dan dua AJK iaitu Encik Mohd. Nadzri bin Razali dan Puan Badriah bt Hassan.
No comments:
Post a Comment