Semalam telah diadakan Mesyuarat AJK kali ke-4, 2013 bertempat di Pusat Kawalan SRS.
Antara agendanya ialah persediaan bagi Program Jom Kacau Bubur Asyura 1435 Hijrah yang akan diadakan pada 16 November, 2013 bertrempat di Perkarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.
Selain itu, mesyuarat juag membincangkan persediaan bagi mengadakan Jamuan Mesra Tahunan SRS yang dijangka pada 21 Disember, 2013.
Mesyuarat turut membincang cadangan Aktiviti Tahun 2014. Tarikh-tarikh akan ditentukan selepas merujuk Takwim Persekolahan dan Hijrah pada tahun hadapan.
Mesyuarat juga dimaklumkan bahawa satu permohonan peruntukan khas kepada JPNIN untuk membaikpulih semua 12 buah kerusi di Pusat Kawalan SRS yang dibekalkan tetapi kini sudah rosak dan reput pembalutnya.
No comments:
Post a Comment