Wednesday, 20 February 2013

KEROSAKAN BUMBUNG PUSAT KAWALAN SRS

Pagi tadi pihak kontraktor yang diupah oleh KRT Taman Suria telah membaiki kerosakan kecil pada bumbung Pusat Kawalan SRS. Pusat Kawalan SRS telah mengalami kebocoran yang agak teruk apbila berlaku hujan lebat beserta angin disamping kerosakan lampu.

Pihak kontraktor berkenaan mendapati atap bumbung jenis 'adex' tidak cukup panjang hingga ke palung air ( gutter ) menyebabkan air hujan yang lebat akan terlajak dan tidak masuk ke dalam palung justeru menyebabkan bocor ke atas siling dan bukannya disebabkan daun-daun kering daripada pokok 'semarak api' berdekatan yang menyumbat gutter.

Kontraktor telah membuka kepingan penutup aluminium dan menambah kepingan atap adex dan melekatkan 'silicone' di sepanjang hujung atap. Kerja diselesaikan dalam masa 2 jam sahaja.  Kos keseluruhannya sebanyak RM180.00 telah dibayar oleh Pengerusi KRT.








No comments:

Post a Comment