Beberapa minggu lalu difahamkan bahawa Pusat Kawalan SRS mengalami sedikit kerosakan pada bumbung yang diakibatkan oleh hujan lebat beserta angin yang kuat.
Kebocoran bumbung dikesan pada bahagian rak di kawasan belakang berhampiran dengan kotak suis. pihak AJK mengesyakki ianya berpunca daripada daun-daun kering daripada pokok berhampiran yang menyumbat saluran air. Air hujan turun meleleh ke atas rak-rak dan membasahi buku-buku dan alatulis yang diletakkan di situ. Terdapat juga kesan kehitaman pada beberapa keping siling di luar bertentangan dengan tempat kebocoran tersebut. Usaha telah dibuat untuk menghubungi pihak kontraktor dan mana-mana penduduk atau Peronda yang boleh membaiki tetapi hingga sekarang belum berhasil.
Selain itu sebuah mentol lampu di bahagian luar bertentangan dengan sinki juga rosak dan telahpun diganti.
No comments:
Post a Comment