Tuesday 28 August 2012

PROGRAM MERDEKARAYA PPNIN

Semalam telah berlangsung mesyuarat mengenai perkara di atas di Pusat Kegiatan KRT Jitra Utara dipengerusikan oleh Penolong Pegawai Perpaduan Daerah, Encik Mohd Shafirul.

Tarikh tentatif pelaksanaan program ialah pada 9 September, 2012 ( Ahad ). Program akan diadakan di Perkarangan Pejabat Perpaduan Daerah Kubang Pasu mulai jam 8.30 pagi.

Antara aktiviti yang akan diadakan ialah Peraduan Mewarna Kanak-Kanak Tabika Perpaduan, Pengkisahan / Bicara Tokoh Kemerdekaan dan Jamuan Raya.

10 KRT di kawasan Jitra telah ditugaskan untuk menyediakan Menu Jamuan antaranya: Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah, Laksa, Satay, Ketupat, Lemang, Nasi Himpit, Roti Jala, Lincikang serta minuman panas.

Tetamu Undangan pada hari tersebut ialah YB Dato' Mohd. Johari bin Bahrom, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani merangkap Ahli Parlimen Kubang Pasu, YB Dato' Saad bin Haji Man, ADUN Jitra, YB Dato' Haji Ahmad Zaini bin Jaafar, ADUN Bukit Kayu Hitam dan juga YBhg. Encik Mohd. Saidi bin Midin, Pengarah JPNIN. Turut diundang ialah semua Ketua Jabatan peringkat Daerah Kubang Pasu.

Setiap KRT akan menghantar seramai 5 orang AJK untuk hadir selain ibubapa/waris pelajar Tabika Perpaduan.

KRT Taman Suria ditugaskan untuk menyediakan Menu Ketupat, Lemang, Nasi Himpit dan Rendang. Selain itu, KRT Taman Suria juga bertanggungjawab mencari Tokoh Kemerdekaan di Daerah Kubang Pasu untuk acara Bicara Tokoh.

No comments:

Post a Comment