Saturday 21 April 2012

TAKLIMAT / PENYERAHAN RADIO SRS DAN KUNCI PUSAT KAWALAN SRS


Majlis tersebut telah diadakan di Hotel Harvard Suasana, Gurun, Kedah hari ini, 21 April, 2012 dari jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang.

Di dalam majlis tersebut, peserta didedahkan dengan Etika dan Tatacara Penggunaan Radio 2 Hala. Peserta juga diberitahu Protokol, Larangan dan juga Peraturan-Peraturan Penggunaan Radio 2 Hala seperti dikehendaki oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia ( SKMM ). Latihan Amali dan Demonstasi Penggunaan Radio 2 Hala juga turut  diadakan. Taklimat diberikan oleh Pengerusi dan Ahli-Ahli Kelab Radio Amatur Alor Setar. Setiap SRS menerima 1 set Radio 2 Hala Motorola dan 2 set Radio 2 Hala Vertex.

Majlis Ucaptama dan Penyampaian Sijil serta Set Radio 2 Hala disempurnakan oleh YBhg. Encik Mohd. Saidi bin Midin, Pengarah JPNIN Kedah.  Antara lain yang disentuh oleh beliau ialah tentang Pindaan Akta Rukun Tetangga bagi menggantikan Akta Darurat ( Peraturan-Peraturan Perlu, 1975) yang telah dimansuhkan pada penghujung tahun 2011. Semua KRT akan dimaklumkan nanti apabila akta baru ini akan dikuatkuasakan. Sehubungan itu, sistem e-IDSRS dan Kad Kenal Diri yang baru akan dikeluarkan. Sebelum mengakhiri ucapan beliau, sekali lagi mengingatkan larangan dan etika penggunaan Radio 2 Hala jika tidak mahu ianya ditarik balik/sita.

Turut diadakan pada majlis tersebut ialah Penyampaian Kunci Pusat Kawalan SRS oleh Pengarah JPNIN kepada Pegawai-Pegawai Perpaduan Daerah.








No comments:

Post a Comment