Friday, 2 December 2011

KURSUS ASAS PKS-RT

Kursus untuk anggota Pasukan Khas Sukarelawan-Rukun Tetangga Daerah Kubang Pasu tersebut akan diadakan selama sehari pada 14 Disember, 2011 bertempat di Hotel Bustani, Jitra.

Antara pengisian kursus ialah ceramah mengenai "Tugas dan Tanggungajawab anggota PKS-RT di Pusat-Pusat Pemindahan Mangsa Banjir" dan juga Latihan Kawad Kaki Asas. Kursus akan dikendalikan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu.

Pada tarikh tersebut kesemua anggota PKS-RT bakal menerima set lengkap Uniform Khas yang bakal dipakai semasa bertugas apabila berlaku bencana.

No comments:

Post a Comment