Pada jam 3.00 petang tadi telah berlangsung Majlis Taklimat Pertandingan Liga Bolasepak Remaja Suriaunited-KFS-MDKP di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1. Turut hadir ialah Pengerusi KRT Taman Suria selaku Tuan Rumah.
Hanya 8 pasukan yang akan mengambil bahagian, walaupun pada awalnya 12 pasukan menyatakan kesanggupan tetapi menarik diri pada saat akhir. 8 Pasukan tersebut adalah: Suriaunited, Bersatu FC, Harimau Jitra, SMK Pulau Nyiur, Tandop City, Taman Golf, Alor Ganu dan Kenari Kids Kubang Pasu( Kenari Kids).
Format Liga adalah seperti Liga Super Malaysia. Sebanyak 112 perlawanan akan diadakan dengan setiap pasukan akan bermain sebanyak 14 kali pada setiap hari Sabtu. Setiap kali 2 perlawanan pada sebelah pagi dan 2 lagi sebelah petang. Masa permainan: 25 - 5 - 25. Semua permainan 'home and away' di padang yang sama iaitu Mini Stadium di Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu.
Yuran Pendaftaran: setiap pasukan dibenarkan daftar maksima 25 pemain sahaja dan dikenakan yuran sebanyak RM25. Jumlah yuran untuk seluruh liga - 14 kali bermain berjumlah RM350.00. Yuran mesti dijelaskan selewat-lewatnya 22/12/2010.
Syarat penyertaan: Setiap pemain akan diberikan Kad Pemain dan dikehendaki menandatangani Surat Jaminan Penyertaan di mana mereka tidak boleh menarik diri apabila pertandingan telah dimulakan selain dikenakan denda.
Kick-off / Perlawanan pertama ialah pada 25/12/2010 jam 8.25 pagi antara Suriaunited lwn Taman Golf dan diikuti perlawanan kedua antara Tandop City lwn Kenari Kids. Pada sebelah petangnya antara Harimau Jitra lwn Bersatu FC dan diikuti Alor Ganu lwn SMK Pulau Nyiur. Undian untuk perlawanan minggu berikutnya akan dibuat selepas tamat perlawanan pada 25/12/2010.
Majlis Perasmian Liga dijangka akan disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Dato' Hj. Noh bin Dahya, Pegawai Daerah Kubang Pasu sebelum perlawanan antara Alor Ganu lwn SMK Pulau Nyiur dilangsungkan.
Untuk perkembangan dan maklumat terkini tentang Suriaunited boleh diikuti melalui laman Facebook: Liga Bolasepak Remaja Suriaunited-KFS-MDKP.
No comments:
Post a Comment