Saturday, 25 December 2010

RONDAAN SUKARELA

Hampir sebulan berlalu pelaksanaan Skim Rondaan Sukarela ( SRS ) dilaksanakan. Setakat ini, ianya berjalan lancar. Kalau sebelum ini terdapat sekumpulan remaja yang sering melepak di luar sebuah rumah penduduk dan di padang permainan, selepas ditegur dan nasihat oleh peronda, kegiatan tersebut telah berkurangan.

Pihak kami masih lagi mengalu-alukan penyertaan peronda-peronda tambahan / baharu. Borang-borang boleh diperolehi daripada pihak Setiausaha KRT di Kedai Runcit Azaljaya.

Mereka yang berumur 18 hingga 60 tahun layak menyertainya kecuali pelajar sekolah atau institusi pendidikan dan mereka yang kurang sihat. Lelaki dan wanita dialu-alukan.

No comments:

Post a Comment