Pada jam 3.00 petang tadi, 13 November, 2010 telah berlangsung Majlis Pelancaran Rasmi Liga Bolasepak Remaja Suriaunited KFS - MDKP 2010-2011 bertempat di Stadium Mini, Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu. Majlis telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Encik Mohd. Tarmizi bin Abd. Rani, Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu. Antara lain beliau memberitahu bahawa Stadium Mini ini telah diamanahkan kepada Suriaunited untuk menjaga kebersihan dan keselamatannya sebagai tanda sokongan kepada minat dan usaha murni para remaja sekalian.
Turut hadir dan berucap ialah Coach Encik Mohd. Azrai Khor Abdulah, Encik Nazri bin Ismail daripada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), wakil daripada Kenari Fans Squad, Pengerusi/Pengurus/Jurulatih Suriaunited Encik Ku Mohd. Hisham dan juga Pengerusi KRT Taman Suria 1.
Adalah menjadi harapan semua yang berucap pada majlis tersebut semoga akan lahir bakat-bakat baru dalam bolasepak yang bakal menjadi pelapis kepada pemain bolasepak negeri suatu masa nanti.
Sepak mula liga akan diadakan pada Sabtu, 4 Disember, 2010 nanti di venue tetap iaitu Stadium Mini, Kompleks Pentadbiran Daerah Kubang Pasu.
Untuk rekod, berita mengenai hal ini tersiar dalam Harian Metro 16 November, 2010 di halaman 46.
No comments:
Post a Comment