Saturday 3 December 2016

JOM RONDA BERSAMA 2.0

Program tersebut telah sempurna dilaksanakan pada pagi tadi. Program bermula sejak pagi 2 Disember 2016 dengan persiapan tempat, pemeriksaan peralatan komunikasi dan pemasangan khemah serta lampu.

Walaupun hujan renyai-renyai, majlis perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohd Shafirul bin Abd. Sattar, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu / Jerlun pada jam 10.00 malam, 2 Disember 2016.

Yang turut hadir dan berucap ialah Tuan Haji Shuib bin Din, Pengerusi Jawatankuasa Permuafakatan Kawasan Rukun Tetangga Kubang Pasu / Jerlun.

Selepas taklimat pada jam 11.00 malam, Peronda seramai 21 orang diagihkan kepada lima kumpulan dan ditempat di lima kawasan strategik.

Tiada sebarang masalah atau peristiwa berlaku. Rondaan ditamatkan jam 3.00 pagi tadi.

No comments:

Post a Comment