Monday, 14 December 2015

KURSUS ASAS MENYELAMAT DI AIR & PENGENDALIAN BOT RINGAN

Kursus tersebut telah diadakan pada 11 dan 12 Disember, 2015 bertempat di Tasik Beris Inn, Sik, Kedah.

Kursus yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia adalah untuk ahli-ahli Skuad Uniti Negeri Kedah. KRT Taman Suria diwakili oleh Encik Mustafa bin Saad.

Selain daripada Encik Mustafa, 3 orang lagi ialah Encik Sanusi Ahmad ( KRT Pekan Megat Dewa), Encik Malid Abdullah ( KRT Taman Beringin / Taman Bersatu ) dan Encik Zakaria Saad ( KRT Kg. Panchur / Banai / Kepala Batu / Lubuk Batu ) dengan diiringi oleh Encik Mohd. Zulkarny Salleh, Pegawai Perpaduan Daerah.

Kumpulan ini telah diumumkan sebagai Kumpulan Terbaik. Tahniah & Syabas...

No comments:

Post a Comment