Sunday, 27 September 2015

KENDURI KORBAN 1436H

Program tersebut telah sempurna dilaksanakan pada 26/9/2015 bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

Daging sembelihan  tiba di Dewan jam 9:50 pagi . Lembu pertama agak besar dan setiap peserta mendapat sebanyak 10 kg daging tidak termasuk tulang dan sebagainya. Lembu kedua agak kecil dan peserta mendapat 9.5 kg daging.

Program dengan kerjasama Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 itu melibatkan peserta Ibadah Korban seramai 14 orang, iaitu 2 ekor lembu. Setiap peserta menyumbang minima 1 kg daging dan tulang untuk dibuat kenduri.. Ada beberapa orang peserta sumbangkan lebih daripada 1 kg.

Kenduri berlangsung hingga jam 5.00 petang dengan jemputan melebihi 300 orang.

No comments:

Post a Comment