Rombongan bertolak daripada Taman Suria ke Jeti Kuala Perlis pada jam 8.00 pagi Jumaat, 6 Jun, 2014 dan tiba di Langkawi pada jam12.00 tengahari.
Selepas Solat Jumaat peserta mengadakan lawatan ke Kilim Geoforest Park sebelum mendaftar masuk di tempat penginapan di Pantai Tengah.
Peserta bertolak ke KRT Kedawang selepas Solat Isyak. Peserta disambut oleh Pengerusi serta AJK dan Peronda SRS Kedawang. Turut hadir ialah Penghulu Mukim Kedawang, Ketua Balai Polis Pantai Chenang serta Wakil daripada Tentera Laut Diraja Malaysia.
Selepas Majlis Taklimat dan Jamuan Ringan, Peronda dikumpulkan untuk Sesi Taklimat sebelum memulakan rondaan pada jam 10.30 malam dengan menggunakan motorsikal ke seluruh Mukim Kedawang. Rondaan tamat jam 2.00 pagi. Rondaan yang dipanggil RAPAT itu turut disertai oleh empat orang anggota Polis dan 4 orang anggota TLDM.
Suatu pengalaman dan kerjasama yang menarik di mana dua agensi Kerajaan turut serta. Difahamkan KRT Kedawang adalah satu-satunya KRT di Langkawi dan mungkin di Malaysia yang mengadakan rondaan bersama dengan PDRM dan TLDM pada setiap malam. Walaupun mereka tidak dibekalkan sebuah Pusat Kawalan oleh JPNIN, pengorbanan Peronda dan penduduk yang menggunakan wang sendiri untuk membina sebuah Pusat Kawalan, menyediakan kemudahan Astro serta 'repeater' Radio 2 Hala. Setiap Peronda mempunyai Radio 2 Hala sendiri.
Pada keesokan harinya peserta ke Oriental Village menaiki Kereta Kabel, Beras Terbakar, Pantai Pasir Hitam, Tanjung Rhu sebelum singgah untuk membeli-belah di Pekan Kuah. Peserta berlepas pulang pada jam 5.00 petang dan tiba di Taman Suria jam 7.30 malam.
Bagaimana hendak berhubung no tel tiada
ReplyDelete