Malam tadi telah diadakan mesyuarat tersebut diatas bagi membincangkan beberapa aktiviti bersama sepanjang tahun ini.
Mesyuarat membincangkan persiapan Ceramah Agama Sempena Peristiwa Isra' dan Mikraj 1435H yang akan diadakan pada 30 Mei, 2014. Penceramah undangan ialah YBhg. Tuan Sheikh Mohd. Ashraf bin Hj. Mohsin, Penolong Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu.
Seterusnya majlis membincangkan Program Lawatan dan Rondaan Bersama KRT di Langkawi yang dijadualkan pada 6 dan 7 Jun nanti. Walau bagaimanapun, sehingga semalam belum mendapat respons daripada PPD Langkawi.
Majlis dimaklumkan bahawa seorang Peronda SRS, Encik Mahamad Aziz telah berhenti kerana berpindah. Sehubungan itu, satu kempen penambahan Peronda SRS baharu akan diadakan.
Majlis juga membincangkan enam aktiviti bercorak keagamaan sepanjang tahun ini.
No comments:
Post a Comment