Thursday, 3 April 2014

KEROSAKAN SALUR AIR HUJAN PUSAT KAWALAN SRS

Salur air hujan di sebelah belakang kanan Pusat Kawalan SRS telah didapati tertanggal dan jatuh ke tanah akibat hujan lebat pada 1 April, 2014.

Pihak AJK telah mencari seorang kontraktor binaan pada 2 April, 2014 untuk membaiki dan memasang semula salur air hujan berkenaan. Siasatan didapati bahawa kedua-dua salur air hujan tidak pun diikat ke dinding / tiang Pusat Kawalan oleh kontraktor asal. Ianya hanya diletakkan di atas blok simen pengalas tiang pusat kawalan. Tidak hairanlah ianya boleh jatuh ke tanah!!!

Kontraktor yang dipanggil telah mengikat kedua-dua salur air hujan berkenaan ke dinding selain diskru di bahagian atas gutter. Pihak kontraktor juga diminta memasang rivet pada semua panel aluminium yang menggantung siling di luar pusat kawalan. Siling di bahagian luar sering terjatuh apabila ditiup angin kencang dirivet.

No comments:

Post a Comment