Sunday, 19 January 2014

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1435H








Majlis sambutan Maulidur Rasul 1435H telah dilangsungkan pada malam tadi selepas Solat Isyak.

Majlis dimulakan dengan Solat Maghrib berjemaah di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1 diimamkan oleh Tuan Haji Othman bin Ali dan diikuti dengan Selawat Nabi dipimpin oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Ali.

Selepas Solat Isyak berjemaah yang diimamkan oleh Penceramah Undangan, Yang Berbahagia Ustaz Mohamad Usamah bin Ismail, Pegawai Hal Ehwal Islam, Universiti Utara Malaysia, majlis ceramah dilangsungkan sehingga jam 11.30 malam.

Terdahulu, pada sebelah pagi dan selepas Solat Asar, urusan persediaan tempat dilakukan oleh AJK serta Peronda SRS.

Kehadiran agak menggalakkan dengan jumalh 192 orang. Hadirin disajikan dengan air mineral, roti planta serta mi goreng.

No comments:

Post a Comment