Saturday, 7 September 2013

MAJLIS BACAAN YAASIIN UNTUK CALON PERPERIKSAAN

Majlis tersebut di atas telah sempurna dilaksanakan sebentar tadi bertempat di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

Seramai 65 orang hadir termasuk 25 orang pelajar yang akan menduduki peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM mulai minggu hadapan.

Majlis dimulai dengan Solat Maghrib berjemaah dan diikuti dengan Solat Hajat dan Bacaan Yaasiin dipimpin oleh Ustaz Abdul Razak bin Ahmad. Selepas Solat Isyak berjemaah, hadirin dihidangkan dengan Jamuan Nasi.

Terdahulu selepas Solat Asar, AJK dan penduduk bergotong-royong mendirikan khemah serta memasang lampu.









No comments:

Post a Comment