Saturday, 20 July 2013

MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA PENDUDUK 2013

Majlis tersebut telah selamat dijalankan pada malam tadi bertempat di Perkarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

Seramai 88 orang hadir, kebanyakannya membawa keluarga masing-masing.

Majlis dimulai dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran oleh Tuan Haji Abdul Rahim bin Ali kemudian diikuti dengan Majlis Tahlil juga dipimpin oleh beliau.

Hadirin dihidangkan dengan Nasi Berempah dan Ayam Panggang serta Daging Masak Merak, buah kurma, dokong dan pulut udang. Minuman panas dan sejuk juga disediakan.

Selepas berbuka puasa, hadirin lelaki menunaikan Solat Maghrib berjemaah di dalam dewan.








No comments:

Post a Comment