Friday, 21 June 2013

MESYUARAT BERSAMA BADAN KEBAJIKAN PENDUDUK

Semalam telah diadakan Mesyuarat Bersama BKPTS1 membincangkan aktiviti pada bulan Ramadan, Syawwal, Zulkaedah 1434 serta Muharram 1435.

Mesyuarat bersetuju untuk menjadi penganjur bersama aktiviti berikut:

1. Majlis Berbuka Puasa bersama Penduduk pada 19 Julai, 2013;
2. Majlis Berbuka Puasa di Masjid Al-A'la pada tarikh yang akan ditentukan oleh pihak masjid;
3. Jamuan Hari Raya Aidil Fitri pada 17 Ogos, 2013;
4. Bacaan Yaasiin dan Tahlil Kemerdekaan pada 30 Ogos, 2013;
5. Bacaan Yaasiin untuk Calon Peperiksaan Sekolah pada 7 September, 2013; dan
6. Program Masak Bubur Asyura pada 16 September, 2013.

Mesyuarat juga membincangkan menu dan pembekal makanan. Tempahan sepanduk juga akan dibuat untuk menghebahkan aktiviti. Semua AJK akan mengedarkan surat hebahan serta memohon sumbangan ikhlas daripada penduduk untuk membiayai sebahagian kos penganjuran semua aktiviti berkenaan.

Mesyuarat tidak membincangkan aktiviti Sukaneka Merdeka.

Semua aktiviti di atas, kecuali perkara 2, akan diadakan di Dewan Orang Ramai.

Selain itu, mesyuarat juga telah membuat post-mortem program Karnival Komuniti Sihat pada 8 Jun, 2013 yang menelan belanja yang besar tetapi tidak mendapat sambutan sewajarnya. Mesyuarat bersetuju untuk mengubah pendekatan dan pengisian program berkenaan pada tahun hadapan.

No comments:

Post a Comment