Sunday, 9 June 2013

KARNIVAL KOMUNITI SIHAT 2013














Karnival berkenaan telah selesai dijalankan pada pagi semalam, 8 Jun, 2013. Program yang dimulakan mulai jam 8.00 pagi dianjurkan bersama Hospital Jitra dan Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu. Turut menyertai ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Kubang Pasu.  Selain itu, ia turut disertai oleh Stokis Elken Jitra dan MAA Takaful.

Seramai 82 orang penduduk mengunjungi karnival. 11 orang hadir untuk menderma darah.

Majlis persamian telah disempurnakan oleh Puan Arisyawati bt Alauddin, Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu yang baru. Yang turut hadir ialah Encik Mohd. Shafirul bin Abdul Satar, Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu.

No comments:

Post a Comment