Semalam, seorang penduduk Taman Suria yang aktif menyokong aktiviti KRT Taman Suria, Saudara Johari Darus telah kembali ke Rahmatullah kira-kira jam 8.00 malam di Putra Medical Centre setelah koma selama 4 hari dan menjalani dua pembedahan akibat kanser usus dan komplikasi buah pinggang.
KRT Taman Suria dengan kerjasama Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 telah menganjurkan Tahlil Arwah buat Allahyarham selepas Solat Isyak malam tadi. Selepas itu, diadakan gotong-royong mendirikan khemah di hadapan rumah Allahyarham. Jenazah beliau akan dikebumikan di Perkuburan Kg. Bata, Jitra jam 11.00 pagi nanti.
Semoga Allah SWT mencucuri Rahmat ke atas roh beliau. Al-Fatihah.
No comments:
Post a Comment