Semalam telah berlangsung jamuan tersebut yang diadakan khusus untuk menghargai khidmat bakti Peronda SRS sepanjang tahun 2012.
Majlis yang dimulakan jam 8.00 malam turut disertai seluruh ahli keluarga Peronda SRS diadakan di perkarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.
Persiapan ke arah majlis telah diadakan sejak 6.30 pagi dengan dua peronda ke Pasar Borong Alor Setar untuk membeli bahan segar seperti ayam, ikan, sotong dan udang serta sosej. Sekembali dari sana, para isteri menanti untuk membersih dan menyiang ikan dan ayam dan menyediakan bahan perapan. Peronda pula mendirikan khemah dan menyediakan tempat membakar dan tempat jamuan.
Majlis didahului dengan ucapan Pengerusi KRT/SRS dan diikuti bacaan doa oleh Peronda Tuan Hj. Abdul Rahim. Jamuan bermula selepas Solat Isyak berjemaah di Dewan Orang Ramai.
Kira-kira 100 orang hadir. Majlis tamat jam 11.00 malam selepas selesai kerja-kerja membersih peralatan dan menyimpan khemah serta kerusi meja.
No comments:
Post a Comment