Thursday, 20 December 2012

BENGKEL KEMASKINI SISTEM e-RT & e-SRS

Kursus berkenaan telah dijalankan pada 18 Disember, 2012 bertempat di Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra mulai jam 9.00 pagi hingga 12.30 tengahari.

KRT Taman Suria diwakili oleh Pengerusi dan Setiausaha KRT. Bendahari KRT tidak dapat hadir kerana menghadiri kursus anjuran majikan beliau di Kuala Lumpur pada minggu berkenaan.

Kursus yang dikendalikan oleh PPD Kubang Pasu turut dihadiri oleh YBhg. Encik Mohd. Yussof bin Saad, Penolong Pengarah Kanan, JPNIN Kedah. Beliau memaklumkan peserta tentang Laporan Prestasi Tahunan/Keaktifan KRT Negeri Kedah. KRT Taman Suria memperolehi markah 90% berdasarkan jumlah aktiviti dan mesyuarat. Walaubagaimanapun, prestasi laporan kewangan agak mengecewakan.

Walaupun pada awalnya, bengkel tidak dapat diteruskan kerana kemudahan internet bagi seluruh kawasan Bandar Darulaman tergendala beberapa jam, peserta akhirnya dapat juga didedahkan tentang aspek baru Laporan Keaktifan SRS di mana Jawatankuasa Skim boleh memuatnaik  Jadual dan Pengesahan Kehadiran Peronda menjelang tengahari sebelum bersurai.

Pihak Urusetia juga memaklumkan bahawa tempoh memegang jawatan bagi AJK sekarang akan tamat pada akhir tahun 2012. Sehubungan itu, semua KRT diminta menyerahkan Lampiran 3 Format B Senarai Cadangan AJK KRT bagi tahun 2013/2014 serta senarai nama AJK sedia ada.

Urusetia juga memaklumkan banyak lagi KRT yang tidak mengemukakan senarai e-RT dan e-SRS serta gambar untuk dibuat kad kenaldiri yang baru.

No comments:

Post a Comment