Pada pagi, 12/12/2012 ini pihak kontraktor telah mula memasang kabin Pusat Kawalan SRS di satu sudut Padang Permainan selepas kerja meletak tapak dilakukan pada 30/11/2011 yang lalu.
Menurut pihak kontraktor, semua kerja asas membina kerangka akan siap dalam tempoh seminggu jika keadaan cuaca mengizinkan. Walau bagaimanapun terdapat sedikit kelewatan dengan pembekal dinding. Mungkin menjelang akhir tahun ini semuanya akan selesai kerja-kerja pembinaan. Kelewatan mungkin akan berlaku dalam kerja-kerja pemasangan kemudahan air dan elektrik.
Pihak KRT mungkin terpaksa selepas ini memohon pula kemudahan tandas. Tandas terdekat ialah di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1 yang sebelum ini digunakan sebagai Pusat Kawalan SRS yang terletak kira-kira 200 meter dari tapak kabin ini.
Pihak KRT mungkin terpaksa memohon kebenaran MDKP untuk memotong atau memangkas seluruh atau sebahagian daripada dua batang pokok di tepi kabin agar tidak patah kemudian hari dan akan merosakkan kabin. Selain itu, pihak KRT juga ingin kerjasama MDKP untuk menurunkan struktur besi Papan Iklan yang sudah berkarat dan reput dan membahayakan kabin atau pengunjung atau Peronda.
KRONOLOGI STATUS PUSAT KAWALAN:
Untuk rekod, sehingga 28 /12/2011, kerja-kerja pemasangan masih berjalan. Bahagian bumbung dan dinding nampaknya sudah selesai tetapi bahagian pintu serta kemudahan air dan elektrik masih belum selesai. Pihak sub-kontraktor bukannya datang bekerja setiap hari....
Anehnya, pihak kontraktor meletakkan notis Mula Kerja pada 30/11/2011 dan Tarikh Siap: 11/12/2011..... kelakarnya....
Petang 29/12/11 pihak kontraktor datang memasang alat pendingin hawa.... sedangkan pintu belum siap lagi begitu juga dengan bekalan elektrik.....
Berita Terkini ( 3/1/12 ): Pada malam Tahun Baru, alat kompresor pendingin hawa ( di luar ) telah dicuri. Nasib baik tidak dicuri alat di dalam Kabin.... Nampaknya, pihak berkenaan kena pasang grill pada semua pintu, tingkap dan juga kompresor...... Lebih mudah juga kiranya spesifikasi alat penghawa dingin jenis luar/dalam itu digantikan dengan jenis mudah-alih di letakkan di dalam kabin.... kosnya pun lebih murah....
Pada 3/1/12 , pekerja sibuk memasang siling di bahagian luar kabin. Bekalan elektrik dan air belum tahu bila lagi nak diselesaikan. Pada sebelah petang pula, kontraktor datang memasang awning di depan Kaunter Aduan serta grill di kedua-dua pintu di depan serta bahagian rak di belakang ( yang tidak dipasang seluruhnya ).
Pada 5/1/12, kerja-kerja pemasangan kotak meter TNB dan lampu giat dijalankan. Penyambungan bekalan elektrik ke kabin belum lagi dibuat oleh kontraktor. Pada sebelah petang, grill pada Kaunter Aduan siap dipasang. Perabot : kerusi dan meja juga telah dihantar. Logo Rukun Tetangga dan 1Malaysia juga telah dilekatkan di bahagian hadapan kabin. Pada sebelah petangnya, grill untuk kompresor air-cond dah dipasang...." isinya" perlu digantikan.... kos bertambah la....
Nampaknya hari ini, 7/1/12, kompresor dan grillnya dah siap dipasang TAPI yang peliknya grill tak pula dikunci sempurna.... macam ali baba punya cerita daa..... Pengerusi KRT dah maklumkan pada Kontraktor Utama untuk tindakan sebelum.... hilang sekali lagi.... Peronda pun bukannya bertugas 24 jam dok jaga kabin tu.... Sinki juga nampaknya sudah dipasang.
Pengerusi KRT dah maklumkan pada Kontraktor Utama dan PPNIN. Pagi 8/1/12 nampaknya grill pada kompresor dipasang tapi tak juga dipateri/matikan agar sukar dibuka/curi. Awal-awal pagi kelihatan 2 pekerja sudah berada di kabin, mungkin bermalam di situ untuk menjaga peralatan kabin....
Kini, pihak KRT sedang menunggu proses penyambungan bekalan air dan elektrik sahaja...... ( bab ini agak lambat kerana prosedur pihak tertentu perlu dipatuhi ) nampaknya sebelum penyerahan kunci dan terus digunakan sebagai Pusat Kawalan SRS.
Pada 11/1/12, pihak kontraktor telah mula melakukan kerja penyambungan paip air, tapi belum sempat 'melintas' jalan ke paip utama di Taman Suria 2..... Bekalan elektrik belum nampak apa-apa lagi.....
Memandangkan sekitar kawasan kabin itu agak gelap, KRT telah memohon sebuah tiang lampu domestik daripada pihak MDKP pada 11/1/12.
18/1/12 genaplah seminggu tiada sebarang kerja dijalankan berhubung bekalan air dan elektrik. Difahamkan pihak Ibu Pejabat JPNIN pun telah mengarahkan pegawai di daerah untuk membuat pemantauan dan laporan bergambar status pembinaan Pusat Kawalan SRS.
Tengahari 19/1/12, pihak kontraktor TNB telah datang memasang sebatang tiang dan juga kabel elektrik dari Taman Suria 2 ke kabin. Lepas ini tunggu kontraktor pendawaian untuk memasang meter dan sebagainya. Nampaknya permohonan untuk sebuah tiang elektrik mungkin tidak perlu lagi tetapi diubah kepada permohonan lampu domestik pada tiang elektrik berkenaan yang dibilkan kepada KRT.
Entah bila pihak kontraktor telahpun membuat sambungan paip air dan memasang meter air SADA.
Jadi kini terpaksalah kami menunggu bila lagi meter elektrik akan dipasang oleh TNB bagi membolehkan kabin ini diserah dan terus digunakan.
Hari ini, 30/1/12, didapati meter elektrik telahpun dipasang oleh kontraktor TNB. Menurut kontraktor utama, Majlis Penyerahan Rasmi Kabin akan dibuat pada minggu depan. Alhamdulillah, dapatlah Peronda SRS beroperasi dari kabin Pusat Kawalan SRS yang serba canggih dan selesa ini, mungkin dalam pertengahan bulan Februari, 2012.... Tapi ... tentang masalah tandas, terpaksalah juga Peronda terus menggunakan kemudahan di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.... kira-kira 150 meter jauhnya....
Pusat kawalan SRS ini siap dalam masa dua bulan !!!
Difahamkan Majlis Penyerahan Rasmi Pusat Kawalan SRS ini akan diadakan pada minggu kedua Februari, 2012.
Mungkin juga selepas kabin diserahkan segala urusan mesyuarat dan perjumpaan KRT/Peronda dibuat di sini, cuma perlu ditambah beberapa buah kerusi saja lagi....
Pada pagi Hari Cuti Maulidur Rasul, pihak MDKP telah menghantar beberapa orang pekerja dengan bantuan kren dan lori sampah telah memotong hingga ke pangakl dua batang pokok di tepi kabin. Terima kasih diucapkan. Struktur besi yang berkarat dan reput telah kami turunkan pada sebelah petangnya.
Menurut kontraktor utama pada 9/2/2012, urusan penyerahan kabin akan dikendalikan oleh pihak Pejabat Pembangunan Negeri Kedah, bukannya Unit Penyelarasan Penyertaan (ICU) yang menyumbangkan kabin tersebut. Nampaknya lambat lagi la...... Majlis tersebut akan dilakukan pada 5/3/2012 dan kemudian selepas itu baru lah JPNIN akan serahkan kepada pihak KRT ... entah bila la pulak......
15/2/2012: Pihak Kontraktor telah menjemput Wakil KRT ( Pengerusi, Bendahari dan Penolong Setiausaha ) dan Penolong Pegawai Perpaduan Daerah ( YM Encik Ku Aziz ) untuk meninjau dari sebelah dalam PRS ini. Kelemahan ketara apabila sudah siapnya kabin ialah: Bahagian rak di sebelah luar dibuat dengan plywood sahaja TETAPI gril tidak dipasang sepenuhnya, hanya di bahagian tepi. Amat mudah dipecah dari luar oleh pencuri... keselamatan barangan dan peralatan di dalam PRS adalah diragui....
Petang 1/3/2012 pihak kontraktor datang melekatkan nama PUSAT KAWALAN SKIM RONDAAN SUKARELA (SRS) di bahagian atas belakang kabin. Tulisan HURUF BESARnya menyebabkan nama TAMAN SURIA tidak dapat ditambah lagi. Dan menurut PPD, nama TAMAN SURIA hendaklah dibuat oleh KRT sendiri. Apasal pulak??? Dah buat yang lain, sambung terus je la.... SATU HAL PULAK PIHAK KRT TERPAKSA MENCARI SYARIKAT IKLAN UNTUK MEMASANG DUA PERKATAAN TERSEBUT. Nampaknya KRT kena guna dan ubahsuai Papan Iklan Kontraktor sebagai papan nama tambahan KRT TAMAN SURIA. Pihak PPNIN maklumkan bahawa nama yang rasmi ialah PUSAT RONDAAN SUKARELA !!!.... yang mana satu betoi ni??? Takpa lah, janji cepat serahkan kunci saja...
Sebelum itu, pada sebelah pagi 1/3/12, Pengerusi KRT ke TNB Jitra untuk mohon dipasang lampu awam pada tiang di belakang kabin dan dibilkan kepada KRT. Pihak TNB jelaskan bahawa peraturannya kena masukkan ke dalam bil kediaman Pengerusi atau sesiapa sahaja kerana hanya pemilik rumah sahaja layak memohon lampu awam tambahan.
Sehingga 9/3/12, majlis penyerahan antara kontraktor dengan pihak ICU belum lagi dijalankan.....
Sehingga 15/3/12.... pun tiada sebarang berita tentang majlis penyerahan.... dan lagi.... dah jadi berita di internet tentang kos pembinaan yang tidak masuk akal bagi sebua kabin.... Polemik sedemikian akan menyebabkan lambat lagi la kabin itu diserahkan....
Ribut pada petang 25/3/12 lalu telah menanggalkan beberapa keping siling dan mengakibatkan lampu tergantung-gantung.... Kontraktor telah datang membaikinya pada 27/3/12.
Dengar khabarnya, Majlis Penyerahan PRS ini akan diadakan selepas Majlis Anugerah Perpaduan 2012 yang bakal berlangsung pada 31/3/12 di Dewan Serbaguna, Wisma Persekutuan, Bandar Muazam Shah, Anak Bukit, Alor Setar.
1/4/12: Nampaknya andaian itu salah. Majlis tersebut hanya simbolik saja.... Pihak JPNIN sedang meneliti perkara tersebut sebelum diserahkan kepada KRT.
Petang Rabu, 4/4/12, pihak TNB Jitra telahpun datang memasang lampu jalan domestik di tiang TNB ke Pusat Kawalan SRS. Terima kasih TNB....
No comments:
Post a Comment