



Kursus tersebut telah sempurna dilaksanakan pada hari ini di Hotel Bustani, Jitra. Kursus yang bermula sejak jam 8.30 pagi lagi berakhir pada jam 5.30 petang dengan Upacara Perasmian Penutup oleh YBhg. Encik Mohd. Saidi bin Midin, Pengarah JPNIN.
Kursus dimulakan dengan Ceramah "Peranan Sukarelawan Dalam Pengurusan Bencana" oleh YBhg. Haji Mohd. Shabbri Othman, Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu. Sesi kedua diisi dengan Perbincangan /Persembahan Kumpulan mengikut Jawatankuasa Pusat Pemindahan untuk mendedahkan peserta tentang peranan dan tugas semasa di Pusat Pemindahan. Pegawai-pegawai JKMD menjadi fasilitator.
Selepas Rehat dan Makan Tengahari, peserta didedahkan pula dengan Latihan Kawad Kaki Asas yang dikendalikan oleh dua orang bekas tentera yang kini bertugas dengan Bahagian Keselamatan UUM.
Dalam ucapan Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil, YBhg. Pengarah berharap segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi akan dimanfaatkan apabila tiba masa bencana nanti, walaupun kita tidak berharap ianya akan berlaku. Beliau juga ingin melihat kemampuan anggota ini akan dimanfaatkan oleh agensi kerajaan berkaitan semasa bencana ataupun tidak. Pihak Ibu Pejabat ingin melihat justifikasi penubuhan PKS-RT ini adalah berbaloi. Dari masa ke semasa, menurut beliau lagi, para anggota akan didedahkan dengan pelbagai latihan dan kemahiran yang diperlukan seorang anggota sukarelawan.
No comments:
Post a Comment