Tuesday, 29 November 2011

PROGRAM "JOM KACAU BUBOQ ASSYURA"

Program tersebut bakal diadakan pada pagi 10 Disember, 2011 ( Sabtu ) bertempat di Perkarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

Pihak KRT Taman Suria dan Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 masing-masing akan memasak sebuah kawah bubur Assyura pada pagi tersebut. Bubur tersebut kemudian akan diagihkan kepada setiap rumah penduduk Taman Suria 1.

Sehubungan itu, kerja memasang khemah dan urusan pembelian bahan-bahan basah akan diadakan pada sebelah pagi Jumaat, 9 Disember, 2011. Selepas Asar, kaum wanita akan memotong dan merebus bahan-bahan di Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir untuk membantu pada hari Jumaat dan Sabtu tersebut.

No comments:

Post a Comment