Saturday, 27 August 2011

PROGRAM BERKEMBAR

Sila ambil perhatian semua penduduk Taman Suria 1:

Pada 9 September, 2011 akan diadakan Majlis Bacaan Yaasiin Perdana Untuk Calon-Calon Peperiksaan 2011 selepas Solat Maghrib diikuti dengan Solat Hajat dan Jamuan Nasi.
Tetamu Jemputan ialah YB Dato' Haji Saad bin Man, ADUN Jitra.

Pada keesokan harinya, 10 September, 2011 akan diadakan Majlis Sambutan Semarak Raya-Merdeka 2011 mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari.

Antara aktiviti: Pertandingan Pakaian Kebangsaan Tercantik ( Lelaki/Wanita/Kanak2), Deklamasi Puisi Patriotik Kanak2 ( Lelaki/Wanita) dan tidak lupa Jamuan Raya.

Tetamu Jemputan Khas: YB Dato' Mukhriz bin Tun Dr. Mahathir, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu.

Semua aktiviti di Perkarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

No comments:

Post a Comment