Friday, 24 June 2011

CERAMAH ISRA' DAN MIKRAJ 1432H





















Mesyuarat J/Kuasa pada 22 Jun, 2011 telah bersetuju untuk menganjurkan majlis tersebut pada 1 Julai, 2011 selepas solat Isyak. Majlis dengan kerjasama Badan Kebajikan Penduduk Taman Suria 1 akan diadakan di perkarangan Dewan Orang Ramai, Taman Suria 1.

Pada 29 Jun, 2011 nanti akan diadakan Majlis Gotong Royong membersihkan kawasan dewan dan membersih/membaikpulih kerosakan pada kain khemah.

3 khemah akan didirikan pada pagi 1 Julai, 2011 sebelum solat Jumaat, manakala urusan menyusun kerusi meja, pemasangan sistem siaraya dan lampu akan dibuat selepas solat Asar.

Para penduduk akan bersolat Maghrib dan Isyak berjemaah bersama Penceramah Undangan, YBhg. Ustaz Hashim bin Othman alhafiz, Penolong Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam, Perlis.

No comments:

Post a Comment