Friday, 11 February 2011

KEMPEN DERMA DARAH

Kempen Derma Darah sempena Karnival Komuniti Sihat 2011 pada Sabtu, 19 Februari, 2011 akan dijalankan pada sebelah pagi. Aktiviti berkenaan akan dijalankan oleh pihak Tabung Darah, Hospital Jitra.

Pihak KRT Taman Suria 1 dan Hospital Jitra menyeru dan merayu lebih ramai lagi tampil untuk menderma pada hari tersebut. Difahamkan bahawa bekalan darah di Hospital Jitra sekarang amat berkurangan. Sehingga berita ini ditulis, seramai 11 orang telah mendaftar dan bersetuju untuk menderma darah. Sila hubungi Setiausaha KRT Taman Suria di talian 012-5738384 untuk mendaftar.

Jom kita sertai dan memberikan sumbangan bakti untuk menyelamat nyawa. Mungkin satu hari nanti kita pula yang memerlukannya.

No comments:

Post a Comment