Sunday, 20 February 2011

KARNIVAL KOMUNITI SIHAT 2011


























Karnival Komuniti Sihat 2011
telah selesai dijalankan pada hari Sabtu, 19 Februari 2011. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Encik Ismail bin Zakaria, Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu. Turut hadir ialah YM Encik Ku Aziz bin Ku Mat Isa dan Puan Intan Syapiza bt Hat, Penolong-Penolong Pegawai Perpaduan Daerah Kubang Pasu dan guru Tadika Perpaduan.

Karnival dimulakan dengan aktiviti Gotong Royong yang turut melibatkan penduduk, staf Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu dan Environment IDAMAN Sdn. Bhd.

Aktiviti lain yang dijalankan ialah Pameran dan Pemeriksaan Kesihatan yang dikendalikan oleh staf Pejabat Kesihatan Daerah Kubang Pasu. Pihak Tabung Darah Hospital Jitra pula telah berjaya memperoleh seramai 19 orang penderma darah sehingga jam 12.30 tengahari.

Ceramah Kesihatan yang dijadualkan terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu.

Turut serta di dalam karnival ini ialah pihak Lembaga Tabung Haji yang membuka kaunter pendaftaran ahli baru dan penambahan deposit. Selain itu, seorang stokis Elken juga membuka sebuah kaunter jualan dan demonstrasi produk penjagaan kesihatan dan rawatan air yang nyata mendapat sambutan menggalakkan.

Sekalung Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan majlis di atas. Terima kasih juga kepada pemilik kedai Pemprosesan Ikan Bilis dan Kering yang telah menyumbangkan 10 karton air minuman pada hari tersebut.

Insya ALLAH, aktiviti ini akan dijadikan sebagai acara tahunan berdasarkan sambutan yang sungguh menggalakkan daripada kira-kira 250 orang pengunjung.

No comments:

Post a Comment